wanita.
perempuan.

mereka adalah hiasan dunia yang paling cantik.hiasan yang tiada tolok banding nya.

betul. aku tak tipu. hal ni pun yang bagitau kat aku oleh seorang lelaki.
mula mula penat lah jugak kan nak fikir ape maksud yang die cuba sampaikan.
yelah, aku bukan nya cikgu sastera ataupun cikgu agama yang tinggi ilmu nya. sekolah punya bangunan yelah tinggi tapi ilmu aku tak tinggi pun. hahaha. okay. tak kelakar. heh. 

apa yang cuba dimaksudkan disini adalah. wanita ni adalah hiasan di dunia. mereka telah dijanjikan dunia. mereka ini sering diinginkan dan diperlukan. 

tapi masalah nya adalah.
ape peranan perempuan sebenar nya?
adakah memasak sahaja? melipat kain? housekeeping setiap hari? oh tidak. tak semestinya.
ramai lelaki cuma ingat perempuan ni tempat lepaskan nafsu je. tempat mereka melepaskan tanggungjawab. berseronok kat luar sampai tak ingat bini kat rumah yang susah payah membesarkan waris mereka. dan tak lupa yang penat memasak makanan dan mencuci baju terutamanya stokin busuk mereka tu.

hish.
ape lah kan. perempuan pulak terima je. dah sayang. akibat daripada nisbah perempuan lebih ramai dalam dunia ni, semua perempuan pun ketakutan. semua pun biar je ape yang lelaki nak buat kat dorang. kamon lah. korang tak baca fakta ke? dikatakan perempuan lagi banyak dari lelaki kerana lelaki mati awal dari perempuan. dan yang sebenarnya perempuan dan lelaki adalah seimbang. tapi kan kalau fakta yang aku dengar kat radio tu salah maka salah lah ye. mintak ampun awal awal.

jadi perempuan bukan lah senang. salah sikit kena tegur. salah sikit kena maki. salah sikit kena caci. kesian sungguh kan. tapi tu lah dunia. nak buat macam mana kan. bila perempuan bercakap atau menyuarakan pendapat dikatanya nak berlagak seperti lelaki. mungkin di bandar benda benda seperti ni tak jadi lagi. tapi kat kampung? bukan nya aku nak cakap yang kita tak perlu lagi menjadi sopan dan malu. tak. tidak sama sekali kerana perempuan ni telah dilahirkan dengan sifat sifat seperti itu. cuma kadang kadang ada sesetengah pendapat yang perlu disuarakan. 


kalau dah pendapat tak boleh disuarakan. ape je yang perempuan boleh buat? jawapan nya adalah menangis. ye. nangis. 
banyak dah aku baca blog lelaki yang asyik mengatakan perempuan dan air mata. sikit sikit nak nangis. salah sikit nak nangis. habis tu nak buat macam mana. nak cakap tak boleh. hati perempuan ni lembut. walau macam mana keras pun mesti ade kelembutan juga. percayalah. asyik nak attack perempuan je. dengan menangis walaupun beban tidak akan berkurangan tapi akan rasa lega.

pernah ke korang fikir ape sebab perempuan ni selalu nangis? tak kan. rasa nya kalau korang nampak perempuan nangis pun korang akan cakap  'oh god. her eyes leaking.' ataupun 'crying?oh no. not again.' kan? kaum hawa ni memang lemah. sebab tu lah kitorang akan selalu bergantung kat kaum adam. tapi itu bukan lah bermakna yang perempuan ni boleh di buat macam macam. dianiaya. dikhianati semua tu. sebab perempuan ade juga hati. beringatlah sikit.

karma tu mungkin wujud mungkin tak wujud. tapi ape yang jahat kita buat pasti akan dibalas Allah. ingatlah. kalau kita hancur kan hati orang suatu hari nanti jika kita dapat musibah jangan ditanya kenapa. Allah maha adil. dunia kita seimbang. jadi sayangilah pasangan anda. bagi yang dah ada lah. yang takde tu sayangilah bakal pasangan anda. mana tau kan tiba tiba hari ni terdapat ke pasangan. heh. hargai pasangan anda ye. oh bagi perempuan pun sama. hargai pasangan anda. 


okay. post kali ni bukan lah nak mengutuk kaum lelaki. tapi nak bagitau. tak best lah if girls have to take all the blames. lelaki pun ade juga salah. korang bukan nya robot. betul tak. so, jangan lah asyik nak mengata perempuan je. no offense.